PETALING JAYA: Pengguna Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) terpaksa menggunakan kenderaan alternatif apabila stesen antara LRT KLCC hingga Kelana Jaya mengalami gangguan teknikal awal petang tadi.

Ini menyebabkan sejumlah besar penumpang harian yang menggunakan laluan tersebut terkandas di 16 buah stesen terutama ketika waktu puncak.

“Tiada perkhidmatan tren di antara Stesen KLCC hingga ke Stesen Kelana Jaya. Penumpang dinasihatkan untuk mengambil mod  pengangkutan alternatif. Info bas perantara percuma akan dimaklumkan.

“Stesen LRT Kelana Jaya sehingga Stesen LRT Ampang Park kini telah ditutup kepada pengguna. Penumpang diminta menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain. Mohon maaf atas kesulitan,” kata Rapid KL menerusi akaun Twitter miliknya.

Rapid KL turut memuat naik senarai bas perantara percuma di setiap stesen bagi membawa penumpang yang terkesan dengan gangguan tersebut. –UTUSAN

The post Stesen antara LRT KLCC, Kelana Jaya alami gangguan, pengguna terpaksa guna kenderaan alternatif appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *