BALIKPAPAN: Malang tidak berbau, sepasang suami isteri maut dalam satu insiden kemalangan tragis selepas dilanggar anak mereka sendiri di Timur Kalimantan kelmarin.

Menurut portal berita Kompas.com, insiden berlaku ketika pasangan suami isteri itu menunggang motosikal  dari bandar Balikpapan menghala ke arah Lamaru di timur bandar itu. 

Setiba di hadapan perusahaan PT Schlumberger, motor berkenaan memperlahankan kelajuannya.

Namun sebuah kenderaan Toyota Inova dipandu anak kedua-dua mangsa yang kebetulan berada dibelakang, tidak sempat mengelak lalu merempuh ibu dan bapanya.

Rempuhan kuat menyebabkan pasangan suami isteri itu tercampak  sebelum digilis kenderaan lain yang lalu di kawasan itu.

Pasangan malang itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.45 petang itu menyebabkan jalan sesak selama beberapa jam.

Polis Balikpapan mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan tragis itu dan kes itu sedang disiasat.

The post Suami isteri maut dilanggar anak sendiri appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *