Pada 3 November 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Institut Teknologi MARA mungkin akan mewajibkan pengajian agama dan latihan ketenteraan tahun hadapan sebagai langkah tegas untuk mencegah anasir-anasir kebudayaan yang tidak diingini dari mempengaruhi pelajar- pelajar institusi itu.

Pengarahnya, Tun Arshad Ayub sewaktu mengumumkannya berkata, satu kertas kerja mengenai perkara itu akan dikemukakan kepada Majlis Pentadbir tidak lama lagi.

Antara peristiwa lain yang menarik

3 November 1973 – Akhbar-akhbar Jakarta hari ini menyeru Indonesia, Malaysia dan Singapura bertindak bersama ke atas perbuatan kapal perang Amerika Syarikat yang berlayar melalui Selat Melaka yang dianggap mencabuli kedaulatan perairan negara-negara ini.
3 November 1974 – Perkenalan yang tidak dijangka antara pelakon Mahmud Jun dan Cik Marhan Abdul Ghani di satu pestaria di Kuala Selangor telah membawa mereka ke jenjang pelamin
3 November 1977 – Perkhidmatan penerbangan kapal terbang Concorde antara Singapura dan London akan bermula pada 9 Disember depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Subjek agama dan ketenteraan diwajibkan di ITM appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *