Soalan
Ustaz, apa hukumnya melewat-lewatkan solat kerana mahu ‘solat jambatan’ contoh solat di hujung Zuhur terus ke Asar? Adakah pahala berkurangan atau berdosa?

Diana Husin
Pahang.

Jawapan
Hukum melewatkan solat adalah makruh dan ia boleh membawa kepada haram sekiranya solat fardu itu terkeluar sebahagian daripada fardu tersebut ke waktu lain maka dia melakukan dosa besar. Oleh itu, janganlah tunggu di saat-saat akhir baru hendak solat.

Pergerakan batalkan solat

Soalan
Ustaz, apakah pergerakan-pergerakan yang boleh membatalkan solat?

Kamar kamarudin
Perak

Jawapan
Pergerakan-pergerakan yang membatalkan solat adalah pergerakan yang dianggap bukan perbuatan mencemarkan solat seperti menggerakkan tangan tiga kali berturut-turut dan seumpama dengan perbuatan itu. Adapun pergerakan kecil seperti pergerakan jari adalah dimaafkan walaupun banyak kali.

Tayang harta benda di media sosial

Soalan
Apa hukumnya menayang kereta yang mahal atau hiasan dalaman rumah yang mewah dalam media sosial? Banyak berlaku ketika ini.

Tun Azri
Johor.

Jawapan
Hukum menayang kereta atau barangan mewah di media sosial bergantung kepada niat. Sekiranya untuk menunjuk-nunjuk maka ia jatuh haram kerana membawa kepada perbuatan riak.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

The post Suka solat ‘jambatan’ appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *