PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Malah, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut tidak ketinggalan dalam mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut.

Ini setelah Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang tadi.

“Tahniah Datuk Seri Anwar atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10,” titah Tunku Ismail. – UTUSAN

The post Sultan Johor, TMJ ucap tahniah kepada Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *