KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda.

Keberangkatan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di Bukit Chandan dekat sini diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Baginda kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen diketuai Kolonel Abdul Rahim Hamzah.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Regimen Altileri Diraja berpangkalan di Kem Sungai Buluh, Selangor yang diketuai Leftenan Kolenal Muhamad Asri Che Will.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin kali ini, seramai 212 penerima telah mendapat perkenan baginda untuk dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak.

Daripada jumlah itu, seramai 22 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing hari ini termasuk satu penerima secara anumerta. – UTUSAN

The post Sultan Nazrin berangkat ke istiadat pengurniaan darjah kebesaran  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *