KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri mesyuarat khas bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Sultan Ibrahim, adalah yang pertama meninggalkan Istana Negara pada pukul11.57 pagi sebelum diikuti sultan-sultan lain.

Terdahulu, konvoi Sultan Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadiri mesyuarat khas bersama Agong dan Raja-Raja Melayu.

Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat khas hari ini selepas tiada mana-mana gabungan mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas.- UTUSAN

The post Sultan-sultan meninggalkan Istana Negara appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *