KOTA TINGGI: Negara masih mempunyai sumber ikan yang boleh diraih oleh para nelayan.

Ketua Pengarah Perikanan. , Datuk Mohd Sufian Sulaiman berkata,  data diperolehnya menunjukkan hidupan laut itu masih ada lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai usaha dilakukan pihak jabatan untuk menambahkan sumber hidupan itu.

“Ikan berkurangan ini mungkin sebab tangkap hari ini tak dapat sebab aktiviti menangkap ikan ini kadang kala dapat,  kadang kala tak dapat. 

“Namun dari data kita masih ada sumber tersebut bahkan banyak program bagi menambahkan sumber itu yang jabatan buat seperti melabuhkan tukun, wartakan kawasan larangan ikan supaya ikan membiak dan sumber ini bertambah. 

“Memang lah musim tengkujuh nelayan tidak dapat turun ke laut. Kita pun sudah maklum awal kepada nelayan-nelayan ini jika musim tengkujuh nak buat apa. Kita ada beri kursus-kursus seperti ternakan ikan dalam sangkar, dalam kolam dan dalam masa sama kita beri mereka kursus baiki enjin baiki bot sementara musim tengkujuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil MyGAP Hatcheri Sekolah Pertama Di Bawah Jabatan Perikanan Malaysia kepada Pusat Penetasan Ikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, Kota Tinggi hari ini.

Mohd Sufian berkata setakat ini tidak ada kekurangan ikan yang ketara berlaku kecuali pada musim-musim tertentu.

“Ada musimnya ikan tiada. Nampak ketara masa pandemik Covid-19 nelayan tidak turun ke laut lepas dibenarkan dapat hasil yang banyak. 

“Maknanya kena beri masa ikan membiak. Saya cadangkan nelayan membuat perancangan mungkin seminggu sekali tidak keluar ke laut atau sebulan tiga empat hari tidak ke laut yang mana akan memberi kesan kepada pembiakan ikan,” katanya. 

Sementara itu, beliau juga memberi jaminan bekalan ikan seluruh negara mencukupi untuk menampung keperluan pengguna sepanjang musim tengkujuh.

Katanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi-agensi berkaitan akan membantu bagi memastikan stok-stok tersedia sepanjang tempoh itu.

“Kita sudah maklum kepada kita punya penternak terutama penternak kolam penternak sangkar untuk bersedia ikan, udang mereka yang dah sedia dikeluarkan atau diharvest kena keluarkan sekarang elakkan kerugian,  jadi stok itu ada,” katanya. 

Terdahulu pada majlis itu SMK Bandar Mas menjadi sekolah pertama di Malaysia yang menerima pensijilan MyGAP bagi pusat penetasan atau hatcheri pembenihan ikan air tawar. –

Sebelum ini nelayan di beberapa negeri merungut kerana tangkapan ikan berkuragan berbanding biasa meski[in mereka turun ke laut. -UTUSAN

 

UTUSAN

 

The post Sumber ikan negara masih ada appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *