NAYPYIDAW: Pemimpin demokrasi Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun lagi selepas siri perbicaraan panjangnya berakhir hari ini, dengan pemenang Hadiah Nobel itu kini berdepan lebih tiga dekad di penjara.

Tahanan tentera sejak rampasan kuasa tahun lalu, Suu Kyi, 77, telah disabitkan atas setiap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya daripada rasuah hinggalah memiliki walkie talkie secara haram termasuk melanggar sekatan Covid-19.

Suu Kyi dipenjarakan selama tujuh tahun atas lima pertuduhan rasuah yang berkaitan dengan pengambilan, penyelenggaraan dan pembelian helikopter untuk menteri kerajaan, di mana beliau didakwa menyebabkan kerugian kepada negara.

Suu Kyi sudah dijatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun selepas prosiding mahkamah selama 18 bulan walaupun ditolak kumpulan hak asasi manusia sebagai palsu.

“Semua kesnya telah selesai dan tiada lagi pertuduhan terhadapnya,” kata sumber itu yang enggan dikenali kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Wartawan dihalang daripada menghadiri perbicaraan dan peguam Suu Kyi telah disekat daripada bercakap kepada media.

Kata seorang wartawan AFP di bandar itu, jalan menuju ke penjara yang menahan Suu Kyi di ibu kota yang dibina tentera Naypyidaw lancar daripada kesesakan lalu lintas menjelang keputusan itu.

Jelas sumber, bekas Presiden Myanmar, Win Myint yang dituduh bersama Suu Kyi dalam perbicaraan terbaharu itu, turut menerima hukuman sama dan kedua-duanya akan membuat merayu.

Sumber itu turut memberitahu Suu Kyi dilihat berada dalam keadaan sihat.

Sejak perbicaraan dimulakan, pemimpin itu hanya dilihat sekali dalam gambar yang kurang jelas dari dalam mahkamah kosong dan bergantung kepada peguam untuk menyampaikan mesej kepada dunia.-AFP

The post Suu Kyii dijatuhi hukuman penjara 7 tahun appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *