Borang-Borang Pemilihan Parti

 

ARAHAN PENDAFTARAN PENCALONAN
SETIAP CALON WAJIB MEMATUHI ARAHAN PENDAFTARAN INI

  1. Setiap calon WAJIB mengisi borang pencalonan.
    1. Salinan borang dalam cetakan hitam putih adalah sah dan diterima.
  2. Borang pencalonan boleh didapati melalui:
    1. Laman sesawang rasmi Parti Bersatu. (https://www.pribumibersatu.org.my)
    2. Jawatankuasa Pemilihan Parti Bahagian.
    3. Jawatankuasa Pemilihan Parti Negeri.
    4. Sekreteriat Jawatankuasa Pemilihan Parti Pusat di Ibu Pejabat Bersatu.
  3. Calon WAJIB menyertakan sekali dokumen berikut berserta borang pencalonan:
    1. Salinan Kad Pengenalan CALON.
    2. Salinan asal pengesahan bebas insolvensi dari Jabatan Insolvensi Malaysia. (https://e-insolvensi.mdi.gov.my/)
    3. Salinan pengesahan keahlian & tempoh keahlian dari Laman Rasmi Bersatu. (https://pribumibersatu.org.my/sys/index.php/pengesahan)
    4. Salinan pengesahan Badan Pimpinan Negeri atau Ketua Bahagian / Ketua Srikandi Bahagian atau Ketua Armada Bahagian sekiranya calon menjadi ahli kurang dari 12 bulan tetapi pernah memegang jawatan peringkat Bahagian atau Sayap-sayap Bahagian.
  4. Calon WAJIB menandatangani kedua-dua ruang pengakuan Calon di dalam Borang Pencalonan.
  5. Mana-mana calon yang memalsukan dokumen & pengakuan boleh dikenakan tindakan undang-undang dan tindakan oleh Lembaga Displin Parti.
  6. Hari Pendaftaran Pencalonan adalah pada 26 Januari 2020 bermula jam 9.00 pagi dan ditutup tepat pada jam 2.00 petang.
  7. Lokasi Pendaftaaran Pencalonan boleh didapati di sesawang rasmi Parti Bersatu.
  8. (https://www.pribumibersatu.org.my)
  9. Borang Pencalonan boleh diserahkan pada hari pendaftaran pencalonan oleh salah seorang dari Calon atau Pencadang atau Penyokong.
  10. Semua borang pencalonan akan dihantar ke Ibu Pejabat Parti Bersatu untuk proses saringan oleh JPP Pusat
  11. JPP Pusat akan memberikan nombor calon secara rawak setelah selesai proses saringan.

 

 

 

Connect with us