PETALING JAYA: “Sedih tetapi saya percaya, Allah uji sebab sayang. Saya bersyukur sempat menjaga dan memberi khidmat sepanjang dia sakit lima bulan sebelum ini.”

Itu kenyataan penyanyi, Asfan Shah yang kehilangan ayahnya, Shah Rudin Mohd Noor, 65, yang meninggal dunia semalam akibat kanser paru-paru tahap empat.

Asfan berkata, bapanya yang sudah tidak boleh berjalan dan bercakap itu ditemukan tidak bergerak oleh adiknya ketika mahu menunaikan solat Subuh.

“Abah memang sudah tidak boleh bergerak dan hanya ‘bercakap’ menerusi kertas. Subuh semalam, adik saya memberitahu abah sudah tidak bergerak. Usai solat, apabila saya periksa, abah memang sudah tidak ada.

“Sebelum ini, dia memang menggunakan mesin oksigen yang disewa untuk bantuan pernafasan. Keadaannya makin tidak stabil hari demi hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Asfan turut berterima kasih kepada peminat, sahabat dan ahli keluarga yang mendoakan serta mengharapan pengakhiran baik untuk bapanya.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian abah telah selesai. Ramai yang hadir, terima kasih atas doa anda semua,” katanya.

The post Syukur sempat jaga abah – Bapa Asfan meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *