PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) diharap dapat bekerja lebih pantas bagi memastikan bekalan makanan untuk keperluan negara ini sentiasa cukup dan terjamin. 

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, ia selari dengan tahun baharu ini yang menandakan tahun arnab. 

Katanya, ini kerana umum mengetahui haiwan berkenaan bersifat pantas dan laju. 

“Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya termasuklah kepada pegawai dan kakitangan MAFS yang berketurunan Tionghua.

“Semoga kita semua terus bersatu padu dan mendapat kejayaan yang lebih gemilang untuk kebaikan rakyat dan negara kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.  -UTUSAN

The post Tahun Arnab: MAFS diharap bekerja lebih pantas – Mat Sabu appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *