SINGAPURA: Taikun Britain, Richard Branson menolak jemputan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura untuk berdebat mengenai hukuman mati yang dilaksanakan terhadap banduan di republik ini.

Kementerian itu menjemput Branson yang sudah lama menentang hukuman mati ke Singapura pada bulan ini bagi berdebat secara langsung mengenai usaha republik ini menangani kesalahan berkaitan dadah dengan Menterinya, K. Shanmugam.

Malahan, kementerian itu turut menawarkan tiket penerbangan buat Branson untuk datang Singapura bagi menunjukkan betapa seriusnya republik ini berhubung isu hukuman mati, terutamanya terhadap pesalah dadah.

Namun, Branson menolak jemputan itu dengan baik dan menegaskan, ‘perkara paling berani’ untuk pihak berkuasa lakukan ketika ini adalah ‘bercampur dengan aktivis tempatan’.

“Kumpulan aktivis berhak untuk dilayani dan pandangan mereka didengari oleh kerajaan.

“Perdebatan secara langsung yang disiarkan menerusi televisyen mempunyai risiko tersendiri, kadang kala pihak akan melihat kepada personaliti yang muncul berbanding isu yang diketengahkan,” kata Branson.

Kementerian tersebut juga mempersoalkan kelayakan Bransin mengenai perkara tersebut dengan menegaskan, Singapura tidak menerima sesiapa dari Barat untuk menilai mereka kepada masyarakat lain.

Branson sebelum ini lantang mengkritik tindakan Singapura yang menjalankan hukuman mati terhadap lelaki warga Malaysia, Nagaenthran K. Dharmalingam pada April lalu.

Nagaenthran ditahan di republik ini pada 2009 selepas pihak berkuasa menemukan sejumlah dadah jenis heroin yang dilekatkan pada tubuhnya. – AFP

The post Taikun Britain, Richard Branson takut berdebat dengan Singapura? appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *