TAIPEI: Tentera China didakwa menerbangkan 36 jet pejuang dan pengebom berhampiran Taiwan semalam, menurut Kementerian Pertahanan Taiwan.

Ia juga sebahagian daripada kempen mengancam atau tindakan ‘menakut-nakutkan’ yang sudah lama dijalankan terhadap demokrasi di pulau diperintah sendiri, yang didakwa Beijing sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Kementerian Pertahanan memaklumkan, 10 daripada pesawat itu dikatakan terbang melintasi garisan median (median line) di Selat Taiwan yang memisahkan pulau itu dari tanah besar.

Katanya, antara pesawat itu termasuk enam Shenyang J-11 dan empat pesawat J-16.

Taiwan dan China berpecah pada 1949 berikutan perang saudara yang berakhir dengan Parti Komunis China menguasai tanah besar.

Pulau itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada Republik Rakyat China, tetapi Beijing berkata ia wajib bersatu dengan tanah besar, secara paksa jika perlu.

Kerajaan pimpinan Presiden China, Xi Jinping, meningkatkan usaha tahun ini untuk menakut-nakutkan Taiwan.

Ia menghantar pesawat pejuang dan pengebom untuk terbang berhampiran pulau itu dan melepaskan peluru berpandu ke laut.

Semalam, tentera Taiwan turut mengesan empat pesawat pejuang Chengdu J-10, sebuah pesawat perang antikapal selam Y-8 dan tiga pengebom H-6 di barat daya pulau itu, kata Kementerian Pertahanan dalam laman sesawangnya.

Tambahnya, tiga dron China turut dikesan. – AP

The post Taiwan tuduh China terbangkan 36 jet pejuang hampiri wilayahnya appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *