PASIR SALAK: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada proses penamaan calon Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu, beliau hadir bagi menyokong parti.

“Saya membantu parti, saya nak parti menang. Siapa yang tidak berjuang untuk parti, saya tidak hendak bekerja untuk mereka.

“Saya sokong parti dan sokong orang yang berjuang untuk parti.

“Saya sokong parti, saya tidak menyokong individu,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon bagi Parlimen Pasir Salak di Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di sini hari ini.

Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, menjadi Ahli Parlimen Pasir Salak sejak tiga penggal lalu iaitu 2008 dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah selama sepenggal iaitu pada 2004 hingga 2008.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, adalah antara nama besar yang digugurkan BN pada pilihan raya umum kali ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Khairul Azwan Harun atau lebih popular dengan panggilan ‘Azwanbro’ menggantikan Tajuddin sebagai calon BN di Parlimen Pasir Salak  pada PRU15.

Sementara itu, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Nordin kekal sebagai calon BN di DUN Kampung Gajah manakala Datuk Ibrahim Katop calon BN di DUN Sungai Manik. – UTUSAN

The post Tajuddin hadir sokong calon BN di Parlimen Pasir Salak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *