KUALA LUMPUR: Penyanyi, Dayang Nurfaizah enggan mensia-siakan peluang apabila dapat kembali beraksi di kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), meskipun pernah beberapa kali membolosi, selain memenangi anugerah berprestij tersebut.

Kata penyanyi berusia 41 tahun itu, dia tetap menyahut cabaran untuk memberikan yang terbaik setiap kali memperoleh kesempatan bersaing di AJL.

“Saya tidak mahu sia-siakan peluang dan kepercayaan yang diberikan. Saya akan gunakan peluang itu dengan sebaiknya.

“Saya tidak tahu sampai bila saya
boleh menyanyi. Selagi ada sokongan, selagi itu saya teruskan,” katanya mengenai acara yang bakal berlangsung pada 15 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dayang dan rakan duet, Amir Masdi bakal bersaing menerusi lagu Debu ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.

Dalam pada itu, Dayang juga memaklumkan, dia berbesar hati dan sangat gembira kerana sekali lagi berpeluang layak ke AJL.

“Saya seronok kerana selain konsert, pentas AJL juga membuka peluang kepada penyanyi dan pemuzik untuk bereksperimentasi dengan susunan lagu dan sebagainya.

“Kalau dalam acara lain, mungkin peluang seperti ini terhad. Jadi, AJL adalah pentas untuk penggiat muzik berkarya,” jelasnya.

The post Tak tahu sampai bila boleh menyanyi – Dayang Nurfaizah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *