AMPANG: Penduduk yang terjejas akibat runtuhan tanah di Taman Halaman, Ampang di sini kelmarin mula mengosongkan kediaman mereka selepas diminta berbuat demikian atas faktor keselamatan.

Tinjauan di lokasi itu semalam mendapati,  terdapat penduduk sedang berkemas untuk bersiap sedia keluar dari rumah mereka buat sementara waktu.

Difahamkan, penduduk yang berpindah menumpang sementara di rumah saudara mara mereka.

Dalam kejadian petang semalam, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di Taman Halaman, Ampang.

Dalam kejadian itu, sebuah rumah yang didiami mereka turut mengalami kerosakan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selango,r Norazam Khamis berkata, sebanyak tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, digerakkan ke lokasi kejadian.

Daripada dua buah rumah yang terlibat hanya sebuah rumah yang berpenghuni dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN

The post Tanah runtuh: Penduduk kosongkan kediaman  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *