DUSSELDORF: Penyanyi, Taylor Swift mendominasi Anugerah Muzik Eropah MTV (EMAs) 2022 dengan meraih empat kemenangan, termasuk Artis Terbaik dan Video Terbaik.

Swift, yang hadir memberi kejutan kepada penonton turut membawa pulang anugerah Artis Pop Terbaik dan Video Format Panjang Terbaik menerusi lagu All Too Well.

Dalam ucapannya ketika menerima anugerah pertama, penyanyi lagu Bad Blood itu meluahkan penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sejak dahulu.

“Peminat adalah sebab kepada kemenangan ini,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi hip hop terkemuka, Nicki Minaj turut mencuri tumpuan dengan kemenangan tiga anugerah, termasuk Lagu Terbaik dan Lagu Hip Hop Terbaik.

Sementara itu, penyanyi digilai ramai, Harry Styles pula menggondol satu anugerah iaitu Persembahan Secara Langsung Terbaik. Minaj dan Styles bagaimanapun tidak hadir ke acara tersebut.

Dalam pada itu, kumpulan Muse
tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya merangkul anugerah Artis Rock Terbaik.

Sementara itu, kumpulan K-pop terkenal, Blackpink melakar sejarah apabila
memenangi Persembahan Metaverse Terbaik yang buat kali pertama diperkenalkan pada acara tersebut.

Anugerah Muzik Eropah MTV (EMAs) 2022 yang berlangsung meriah di Dusseldorf, Jerman, semalam (waktu tempatan) menampilkan dua penyanyi terkemuka, Rita Ora dan Taika Waititi sebagai hos.

Acara gilang gemilang tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Muse dan gabungan penyanyi David Guetta serta Bebe Rexha yang mempersembahkan lagu hits, I’m Good (Blue).

The post Taylor Swift dominasi Anugerah Muzik Eropah MTV (EMAs) 2022 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *