JOHOR BAHRU: Baiki segera! Sebuah tembok penghadang sepanjang kira-kira 40 meter yang dibina berhampiran tempat letak kenderaan di pangsapuri Lake View Suites, Austin Perdana, di sini roboh.

Tinjauan Utusan Malaysia yang mendapat maklumat daripada orang awam mendapati keadaan itu berbahaya dan perlu dibaiki segera demi keselamatan orang ramai, khususnya penghuni pangsapuri 18 tingkat tersebut.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, runtuhan itu berlaku disebabkan hujan lebat sejak seminggu lalu.

Justeru, dia yang menyewa di pangsapuri tersebut meminta supaya pihak pengurusan membaiki segera runtuhan itu kerana keadaan cuaca panas sejak dua hari lalu.

“Memang nampak tidak berapa serius, tetapi sekiranya hujan lebat secara berterusan sudah tentu runtuhan itu bertambah buruk dan boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Dia berharap pihak yang bertanggungjawab peka dan membaiki segera kejadian runtuhan tersebut.- UTUSAN

 

The post Tembok roboh, penghuni Lake View Suites resah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *