TOKYO: Objek menyerupai tulang termasuk tengkorak manusia ditemukan di luar taman tema popular, Universal Studio Jepun (USJ) di Osaka, hari ini.

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, polis diarahkan untuk menjalankan siasatan susulan penemuan objek mirip tulang.

“Seorang kakitangan (menemui objek berkenaan) ketika sedang memangkas pokok di taman hiburan,” katanya.

Beliau berkata, penemuan itu membabitkan satu tengkorak, rahang atas bersama tulang lain.

“Kami sedang menyiasat kes sama ada ia membabitkan kemungkinan jenayah atau kemalangan,” katanya sambil menambah belum ada petunjuk berkaitan jantina atau umur tengkorak berkenaan.

Berdasarkan saiz, media tempatan melaporkan ia kemungkinan adalah tulang orang dewasa.

Taman tema itu ditubuhkan pada 2001 dan menjadi taman tema pertama di luar Amerika Syarikat (AS). Ia juga menjadi tumpuan pelancong. – AFP

The post Tengkorak manusia ditemukan di luar Universal Studio Jepun appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *