LONDON: Terdesak untuk memastikan Sadio Mane sempat pulih menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar, pasukan Senegal mahu menggunakan khidmat ‘bomoh’ bagi membantu bintang penyerang Bayern Munich itu.

Mane, 30, meninggalkan padang dalan keadaan terhincut-hincut dan dikeluarkan di awal permainan ketika Bayern membelasah Werder Bremen 6-1 pada saingan Bundesliga, Rabu lalu.

Kelab Jerman itu kemudian mengesahkan, pemain tersebut mengalami kecederaan keting , sekali gus meletakkan peluangnya untuk beraksi dalam Piala Dunia samar.

“Berita yang sangat menyedihkan. Kami akan menggunakan doktor sihir (bomoh).

“Saya tidak tahu (jika ia berkesan) tetapi kami tetap akan menggunakannya.

“Kami mengharapkan keajaiban. Dia mesti berada di sana. Sadio, anda perlu berada di sana pada 21 November,” kata Fatma Samoura, Setiausaha Agung Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) yang berasal dari Senegal.

Sadio Mane will be treated by witch doctors as Senegal look to cure his injury ahead of the World Cuphttps://t.co/Iil3BgUXun

— talkSPORT (@talkSPORT) November 10, 2022

Samoura dalam wawancara bersama Europe1 berkata, mereka difahamkan kecederaan yang dialami Mane memerlukannya disisihkan sekurang-kurangnya empat minggu atau sebulan.

Justeru, mereka akan mencari apa sahaja kaedah yang boleh membantu Mane, yang dianggap seperti ‘nyawa’ Senegal.

Menggunakan khidmat dukun bukan asing buat masyarakat Afrika kerana mereka masih mempunyai kepercayaan yang kuat terjadap bomoh dan dukun.

Beberapa bulan lalu, Paul Pogba yang berdarah Afrika, mengakui dia membelanjakan jutaan dollar untuk mengupah bomoh bagi melindunginya daripada kecederaan.
dalam pasukannya.

Cisse sedia membawa Mane sebagai pemain pasukan dan kalau boleh hanya beraksi bermula pada aksi ketiga, jika pemain itu dapat pulih lebih cepat daripada jangkaan awal. – AGENSI

The post Terdesak mahu Mane pulih, Senegal guna khidmat ‘bomoh’ appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *