PETALING JAYA: Kemelut antara Faisal Halim dengan bekas pasukannya, Terengganu FC (TFC) sudah berakhir selepas skuad Penyu menjelaskan baki gaji pemain itu.

Perkara tersebut disahkan oleh Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey dalam Twitter, malah pemain sayap Harimau Malaya itu turut meminta maaf atas semua kesalahan dan salah faham yang berlaku selama ini.

Dalam tweet tersebut, Faisal turut memuatnaik gambar dia bersalaman dengan Ketua Pegawai Operasi (COO), TFC Mohd. Sabri Abas.

Saya memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku diantara saya dan pihak Terengganu FC serta penyokong selama saya di bumi Terengganu Darul Iman. Setiap kebaikan datang dari Allah SWT dan kekhilafan datang dari saya sendiri.TFC TELAH JELAS BAKI GAJI SAYA pic.twitter.com/MZhauHAYnu

— Faisal Halim (@faisalhalim_7) January 4, 2023

“Saya memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku diantara saya dan pihak Terengganu serta penyokong selama saya beraksi di bumi Terengganu Darul Iman. Setiap kebaikan datang dari Allah SWT dan kekhilafan datang dari saya sendiri. Terengganu telah menjelaskan baki gaji saya,” tulis Faisal.

Faisal yang akan menyarung jersi Selangor FC pada musim 2023 sebelum ini meluahkan kekecewaan selepas Terengganu memotong gajinya tanpa sebarang notis atau perbincangan.

Dengan selesainya isu tersebut, Faisal kini boleh memberi sepenuh tumpuan kepada skuad kebangsaan yang akan meneruskan perjuangan dalam separuh akhir Piala AFF dengan menentang Thailand.

Faisal turut memainkan peranan penting ketika membantu Malaysia membenam Singapura 4-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B kelmarin. – UTUSAN ONLINE

The post Terengganu FC jelaskan baki gaji Faisal Halim appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *