ANTAKYA: Dua gempa susulan yang kuat melanda Turkiye dan Syria malam tadi.

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda wilayah sempadan Turkiye-Syria pada kedalaman hanya 2 kilometer, kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah.

Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 213 cedera dalam gegaran itu, menurut Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu.

Gegaran susulan itu diikuti dengan satu lagi gempa bumi bermagnitud 5.8 beberapa minit kemudian, berpusat tidak jauh dari yang pertama di wilayah Hatay Turkiye.

The post TERKINI: Dua lagi gempa 6.4, 5.8 magnitud landa Turkiye-Syria appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *