SEOUL: Korea Selatan akan menghantar seramai 110 anggota penyelamat bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye.

Lapor agensi berita Yonhap, pasukan penyelamat itu terdiri daripada 60 anggota dari Bantuan Bencana Korea dan 50 anggota tentera.

Seoul juga berikrar untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kecemasan berjumlah AS$5 juta (RM21.5 juta) kepada Turkiye.

Sementara itu, media tempatan CCTV melaporkan sebuah pasukan penyelamat yang dihantar oleh China sudah tiba di Lapangan Terbang Adana di Turki.

Pasukan itu yang terdiri daripada 82 anggota penyelamat, membawa 20 tan bekalan perubatan dan peralatan keselamatan lain serta empat anjing pengesan bagi membantu mengesan mangsa.

Selain itu, pasukan penyelamat masyarakat sivil dengan sekurang-kurangnya 52 anggota dari beberapa wilayah di China termasuk Zhejiang, Jiangsu, Jiangxi dan Guangdong turut dihantar untuk menyertai operasi SAR di Turkiye.

Dilaporkan, pasukan penyelamat itu dalam perjalanan menuju ke kawasan dilanda gempa bumi dahsyat bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat. – AGENSI

The post TERKINI: Korea Selatan hantar 110 anggota penyelamat ke Turkiye appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *