HATAY: Gempa bumi yang memusnahkan Turkiye dan Syria Isnin lalu boleh menyebabkan kerugian ekonomi kira-kira AS$ 4 bilion (RM17. 3 bilion).

Lapor AFP, penilaian itu dibuat oleh agensi penarafan antarabangsa, Fitch Ratings hari ini.

“Kerugian ekonomi agak sukar dinilai, namun berdasarkan keadaan sekarang, ia sudah pun mencapai AS$2 bilion (RM8.6 bilion) dan mampu mencecah AS$4 bilion sekiranya keadaan memburuk,” jelas Fitch Ratings.

Sehingga kini, mangsa korban gempa bumi di kedua-dua negara melebihi 17,500 orang.

Jumlah itu menghampiri angka 20,000 orang seperti yang dijangka oleh Pertubuhan Kesihatan Ssdunia (WHO).

 

The post TERKINI: Nilai kerugian ekonomi Turkiye, Syria cecah AS$4 bilion appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *