PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann memaklumkan bakal menjalani satu prosedur kesihatan yang memerlukannya terpaksa ditidurkan buat seketika.

Sissy, 27, dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, hari ini turut memohon semua pihak untuk mendoakan urusannya dipermudahkan dan tidak bertanya lanjut keluarganya mengenai perkara itu.

“Hari ini adalah hari yang penting buat saya. Saya bakal menjalani satu prosedur di mana saya akan ditidurkan buat seketika.

“Saya amat menghargai jasa baik semua untuk tidak bertanya lanjut keluarga saya mengenai perkara ini. Terima kasih kerana memahami,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam hantaran sama, penyanyi Mungkin Kamu itu turut memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata serta perbuatannya yang pernah menyakiti hati sesiapa.

“Semoga Allah merahmati anda semua. Jumpa lagi, insya-Allah,” katanya.

Sissy bagaimanapun, tidak memperincikan butiran prosedur yang bakal dijalaninya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti seperti Shiha Zikir, Sherry Al Hadad, Marsha Milan Londoh, Uyaina Arshad dan Sharifah Shahirah serta peminat menitipkan kata semangat, selain mendoakan kesejahterannya.

The post Terpaksa ditidurkan, Sissy Imann mohon doa appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *