BALING: Berbekalkan pendapatan hanya kira-kira RM1,000 sebulan, tanggungjawab menjaga ahli keluarga termasuk yang berstatus orang kurang upaya (OKU) tetap tidak dilupakan oleh seorang wanita dan suaminya.

Norsiah Hashim, 32, berkata, dengan gaji diperoleh suaminya, Mohd. Zaki Md. Isa, 36, hasil bekerja ladang itu, mereka menggunakannya untuk perbelanjaan harian termasuk menjaga bapa, abang dan kakak kepada Norsiah serta anak kakaknya.

“Selain bapa, Hashim Lahman, 86, kami turut menjaga abang sulung, Che Meh, 42; kakak, Siti Hajar, 38; dan anak kakak, Mohd. Syukur Mohd. Zuki, 18, sejak dua tahun lalu walaupun kehidupan kami juga sekadar cukup-cukup makan.

“Abang dan kakak mengalami masalah pendengaran dan pertuturan sejak kecil, manakala Mohd ,” katanya.

Menurut Norsiah, abang dan kakaknya masing-masing menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala anak kakaknya hanya mendapat bantuan makanan bulanan kerana tiada kad OKU.

Mereka yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Norsiah melalui talian 010-8142710 atau terus ke akaun Maybank 152031673575.-UTUSAN

The post Tetap tanggung keluarga walau hidup serba kekurangan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *