LANGKAWI: Pasukan THA72 dari Thailand dinobatkan selaku juara kelas Racing yang merupakan kategori utama bagi Perlumbaan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2023.

THA72 yang dikemudi Nappakao Poonpat dan Kevin Whitcraft berjaya menewaskan pasukan Uranus daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dikemudi Mohd. Zaidey Bahadun.

Pegawai Utama Kejohanan, Simon James berkata, THA72 mengalahkan Uranus dalam lima perlumbaan yang diadakan sepanjang empat hari kejohanan.

“Bagi kelas Sportsboats, pasukan RSYC mengungguli kesemua empat perlumbaan mengatasi empat pasukan lain, manakala dalam kelas Multihull pula dimenangi oleh Twin Sharks.

“Dalam kelas Club, lima pasukan berentap dalam tiga perlumbaan dan pemenangnya adalah pasukan Marikh,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi kelas IRC 1, pasukan Mata Hari muncul juara buat kali keenam sekali gus mengenepikan enam pencabar lain.

“Kami sedikit kecewa dengan keadaan angin yang tidak begitu baik dan tidak dapat melakukan lebih banyak perlumbaan.

“Bagaimanapun RLIR akan kembali tahun depan dengan harapan lebih banyak pasukan dapat menyertai kejohanan ini dan keadaan angin juga lebih baik,” ujarnya. –UTUSAN

The post THA72 juara Regatta Langkawi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *