PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memuktamadkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjelasan itu dibuat sebagai respon kepada dakwaan wujudnya kerjasama antara kedua-dua pihak tersebut.

“Bersatu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PH dalam menghadapi PRU15.

“Bersatu juga mengambil maklum pendirian Majlis Presiden PH yang telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini

Kata beliau, Bersatu bersedia menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU15 melibatkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), PH dan parti-parti politik lain yang akan bertanding.

“Bersatu akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkukuh PN bersama Pas, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) sebagai gabungan politik pelbagai kaum di negara ini yang berhasrat menawarkan kepimpinan bebas rasuah, cekap dan prihatin demi kemakmuran seluruh rakyat,” katanya.

Bersatu menyertai PH pada 2016 sebelum bersama-sama membentuk kerajaan selepas memenangi PRU14.

Namun parti itu bertindak keluar daripada PH pada 2020 bagi membentuk kerajaan di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

The post Tiada kerjasama Bersatu dengan PH  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *