SEGAMAT : Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Balai Raya Kampung Batu Badak Segamat ditutup sepenuhnya hari ini di sini.

PPS tersebut yang sebelum ini menempatkan 32 mangsa daripada 10 keluarga sehingga pukul 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat, berkata, keadaan itu bermakna semua PPS di daerah ini sudah ditutup hari ini dan yang terakhir pada pukul 5 petang tadi.

Sebelum ini, beberapa PPS di antaranya Dewan Komuniti Kampung Tasek dan Dewan Serbaguna Kampung Kuala Paya telah dibuka sejak 11 Disember lalu sudah ditutup secara berperingkat.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Noraina Abd Hamid, 31, berkata beliau sekeluarga sudah mula membersihjan rumah.

“Kami telah mencuci rumah sejak pagi semalam dan berharap banjir tidak kembali melanda kampung kami.

“Seperti biasa, banjir termenung lambat sedikit susut dan memakan masa untuk kering.

“Pusat pemindahan sementara (PPS) bagaikan rumah kedua kami. Setiap kali hujan lebat berterusan, saya dan keluarga pasti berpindah ke sini,”katanya ketika ditemui dikediamannya di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

Tambahnya, barangan di dalam rumah rosak sudah menjadi kebiasaan akibat ditenggelami banjir. –UTUSAN

 

The post Tiada lagi PPS di Segamat dan Johor appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *