SAUDARA PENGARANG,

SEMUA orang berhak memberi pandangan masing-masing tetapi tidak mustahil untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.

Kami akan bertungkus-lumus dan bekerja kuat bagi merealisasikan hasrat ini.

Dr. Mahathir mempunyai kepakaran untuk menyusun strategi pada saat-saat akhir.

Beliau juga pakar untuk menganjakkan gelombang ke arah meyakinkan para pengundi agar menyokong perjuangan Gerakan Tanah Air (GTA).

Pembacaan politik Dr. Mahathir amat tajam serta tepat pada kelazimannya.

Di saat keadaan ekonomi negara rosak begitu teruk dengan hutang negara mencecah RM1.3 trilion serta nilai mata wang menjunam ke paras terendah dalam sejarah, realitinya negara kita berada pada tahap amat kritikal.

Kerosakan besar dan parah ini memerlukan kepimpinan tokoh negarawan bertaraf dunia untuk menanganinya.

Dr. Mahathir adalah tokoh negarawan yang dihormati oleh dunia luar. Dunia luar akan memberi pelbagai sokongan kepada Malaysia sekiranya mereka yakin dengan kepimpinan baharu yang ditunjang oleh seorang tokoh seperti Dr. Mahathir.

Ilmu politik dan mutu kepimpinan Dr. Mahathir amat tinggi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tidak ada mana-mana parti-parti politik yang bakal menang secara mutlak.

Sebarang kemungkinan boleh berlaku, tambahan pula GTA yang diasaskan oleh Dr. Mahathir disambut baik oleh masyarakat Melayu masa kini. Kaum-kaun lain turut yakin dengan kewibawaan beliau mentadbir negara khususnya ekonomi.

Wadah perjuangan GTA yang berteraskan kepada agenda Melayu di samping menghormati hak-hak kaum asing diterima baik oleh rakyat.

Rekod pentadbiran cemerlang beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan kali kedua selepas PRU14, masih diingati oleh keseluruhan rakyat.

Saya yakin Dr. Mahathir akan berjaya kembali mentadbir negara secara bersih, cekap dan amanah buat kali ketiga.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan & Pengerusi GTA Wilayah Persekutuan

The post Tidak mustahil Dr. M kembali jadi Perdana Menteri appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *