PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Gerakan Parti Sarawak (GPS), Huang Tiong Sii mendahului persaingan merebut kerusi Parlimen Sarikei setakat pukul 6.38 petang tadi.

Tiong Sii memperolehi 6,450 undi, mendahului calon DAP, Roderick Wong Siew Lead yang memperolehi 5,808 undi.

Pertembungan satu lawan satu itu setakat ini sengit dengan perbezaan hanya 642 undi.

Setakat pukul 6.38 petang tadi, sebanyak 12,258 undi telah dikira, berbanding 55,018 jumlah pengundi berdaftar.

Kerusi itu sebelum ini disandang oleh calon DAP, Wong Ling Biu dengan majoriti 2,570 undi.- UTUSAN

 

The post [TIDAK RASMI] Beza undi GPS, DAP hanya 642 di Sarikei appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *