JELEBU: Keputusan tidak rasmi Parlimen Jelebu terus memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Jalaluddin Alias, 59,  apabila beliau menang dengan majoriti 8,178 undi.

Sehingga pukul 9.30 malam, beliau meraih 21,895 undi mengatasi Datuk Zulkefly Omar dari Pakatan Harapan (13,717 undi), Zaharuddin Baba Samion dari Perikatan Nasional (9,617 undi) dan Ahmad Fakhri Abu Samah dari Pejuang (266 undi).

Majoriti yang dicatatkan oleh bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu meningkat berbanding 2,045 undi yang diperoleh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Terdapat seramai 59,561 pemilih berdaftar di Parlimen Jelebu. – UTUSAN

The post [TIDAK RASMI] BN pertahan Jelebu appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *