SEPANG: Calon Pakatan Harapan, Aiman Athirah mendahului kerusi Parlimen Sepang untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) dengan ,memperoleh majoriti 14,479 undi setakat 10.30 malam ini untuk mengatasi tujuh lagi calon lain.

Sebanyak 102 daripada sejumlah 288 saluran pengundian yang sudah dikira melibatkan keseluruhan seramai 168,039 pengundi berdaftar dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Aiman meraih 24,852 undi mengatasi calon Barisan Nasional, Anuar Basiran memperoleh 8,591 undi; Datuk Seri Rina Mohd. Harun (Perikatan Nasional) 10,373 undi; Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (Parti Pejuang Tanah AIr) 701 undi; Daud Leong (Parti Utama Rakyat) 114 undi; Nagewsran Ravi (Parti Rakyat Malaysia) 84 undi, Muneswaran Muthiah (Bebas) 96 undi dan Syahrul Amri Mat Sari (Bebas) 102 undi. – UTUSAN

The post [TIDAK RASMI] PH mendahului di Sepang appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *