ISWAN SHAFIQ ISA

BUKIT MERTAJAM : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), kini mendahului untuk kerusi Parlimen Bukit Mertajam.

Penyandang kerusi itu, Steven Sim kini jauh mendahului calon lain apabila memperoleh sebanyak 19,379 undi mengatasi dua lagi calon iaitu Steven Koh dari Perikatan Nasional (PN) dan Tan Yang Pang dari Barisan Nasional (BN) apabila masing-masing hanya memperoleh 2,881 dan 1,786 undi.

Setakat pukul 8.30 malam ini, sebanyak 24,046 undi telah dikira, berbanding 120,819 jumlah pengundi berdaftar di kerusi itu. – UTUSAN

The post [TIDAK RASMI]: Steven Sim ‘gah’ dahului saingan di Bukit Mertajam appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *