PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Gerakan Parti Sarawak (GPS), Willie Mongin mendahului persaingan merebut kerusi Parlimen Puncak Borneo setakat pukul 6.25 petang tadi.

Willie memperoleh 5,243 undi, mendahului calon Pakatan Harapan (PH), Diog Dios yang memperolehi 2,556 undi dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Iana Akam yang memperoleh 710 undi.

Setakat pukul 6.18 petang tadi, sebanyak 8,509 undi telah dikira, berbanding 79,969 jumlah pengundi berdaftar.

Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Willie dengan majoriti 4,005 undi. –UTUSAN

 

The post [TIDAK RASMI] Willie Mongin mendahului di Puncak Borneo appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *