DOHA: Sadio Mane tewas dalam usahanya untuk cergas pada Piala Dunia 2022 dan digugurkan daripada skuad Senegal hari ini.

Ketiadaan Mane, 30, yang berada di tempat kedua di belakang Karim Benzema dalam anugerah Ballon d’Or bulan lalu memberi tamparan hebat buat juara Afrika itu.

Mane muncul wira pasukannya apabila menjaringkan penalti kemenangan ketika menumpaskan Mesir dalam final Piala Negara-Negara Afrika sebelum mengulangi pencapaian dengan menundukkan lawan sama pada playoff Piala Dunia 2022.

SADIO Mane mengalami kecederaan ketika membantu Bayern Munich menentang Werder Bremen dalam saingan Bundesliga, 8 November lalu.

Dia mengalami kecederaan tulang betis ketika bermain untuk Bayern Munich dalam Bundesliga pada 8 November lalu tetapi tetap dibawa ke Qatar dengan harapan sempat  sembuh sebelum kejohanan bermula.

Bagaimanapun hari ini, Senegal mengesahkan bekas penyerang Liverpool itu tidak sempat pulih untuk beraksi dalam Piala Dunia.

“Malangnya, MRI (pengimejan resonans magnetik) hari ini menunjukkan kepada kita bahawa kemajuan tidak begitu baik seperti yang diharapkan.

Sadio Mané est forfait pour la coupe du monde. Get well soon GAINDÉ #football #senegal #worldcup

pic.twitter.com/soaRhIDpWI

— Football Senegal (@FootballSenegal) November 17, 2022

“Malang sekali, kami terpaksa menggugurkan Sadio daripada Piala Dunia,” kata doktor pasukan, Manuel Afonso dalam video di Twitter rasmi Senegal.

Senegal akan membuka kempen Kumpulan A dengan menentang Belanda pada Isnin ini. Mereka juga akan berdepan tuan rumah Qatar dan Ecuador. – AFP

The post Tidak sempat sembuh, Mane digugurkan daripada Piala Dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *