PUTRAJAYA: Walaupun hujan, ia tidak menghalang tiga calon P125 Putrajaya untuk turun berkempen di pasar malam, Presint 2 di sini, petang tadi.

Biarpun hujan, ketiga-tiga mereka iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), Datuk Dr. Radzi Jidin (PN) dan Datuk Rosli Ramli (Pejuang) tetap bersemangat menyantuni pengundi di sana.

Selain beramah mesra dengan pengundi, mereka turut mengedarkan risalah parti masing-masing.

Selepas 30 minit menyantuni pengundi, ketiga-tiga mereka kemudian dilihat bertembung di tengah-tengah tapak pasar malam itu.

Lebih manis, ketiga-tiga mereka sengaja ‘dipertemukan’ oleh jurugambar yang hadir membuat liputan bagi memudahkan rakaman video dan gambar diambil.

Mereka kemudian dilihat berjabat tangan antara satu sama lain sebelum beredar meninggalkan pasar malam itu pukul 6.30 petang tadi.

Mengikut jadual kempen hari ini, ketiga-tiga calon itu memang dijadualkan untuk melawat pasar malam itu, bagaimanapun, seorang lagi calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Noraishah Mydin Abd Aziz sepatutnya hadir sama ke pasar malam itu, namun membatalkan lawatan pada saat akhir. – UTUSAN

 

The post Tiga calon Putrajaya kempen serentak di pasar malam  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *