PETALING JAYA: Kejayaan Harimau Malaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 nyata menyuntik semangat penyokong-penyokong setia untuk sekali lagi turun memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad kendalian Kim Pan Gon akan berdepan Thailand pada Sabtu ini pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF sebelum ‘terbang’ ke Bangkok pada aksi kedua 10 Januari ini di Stadium Thammasat.

Hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebooknya mengumumkan bahawa tiket bagi aksi separuh akhir pertama itu telah habis terjual.

“59,000 Tiket Habis Terjual. Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir 1, Malaysia menentang Thailand.

“Tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium. Jumpa di Bukit Jalil, Sabtu ini!,” menurut kenyataan FAM dalam media sosial itu hari ini.

Ini lah struktur konkrit pentas yang dibina untuk konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou pada 15 Januari nanti.
Disebabkan itu sebanyak 21,000 tiket di Stadium Bukit Jalil bagi perlawanan #HarimauMalaya dengan Thailand tidak dapat dijual. #pialaAFF pic.twitter.com/wPJ3tIhUU2

— Kosmo! Online (@kosmo_online) January 5, 2023

Sejumlah 59,000 tiket diperuntukan telah habis terjual menyaksikan semua penyokong skuad kebangsaan begitu teruja untuk turun memberi sokongan padu kepada pemain Harimau Malaya seperti dilakukan pada aksi terakhir Kumpulan B ketika menentang Singapura.- UTUSAN

 

The post Tiket Malaysia lawan Thailand ‘sold out’ appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *