PETALING JAYA: Toh Puan Mahani Idris merupakan isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan meninggal dunia semalam.
Bagaimanapun, ketika ini punca beliau meninggal dunia tidak dapat dikenal pasti.
Difahamkan, jenazah akan dimandikan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.
Jenazah akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham turut meninggalkan lima anak. – UTUSAN
The post Toh Puan Mahani meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.