PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik memimpin Kementerian Pertahanan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggantikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
ZAMBRY KADIR
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pula dilantik sebagai Menteri Luar, menggantikan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah.
Senarai Kabinet itu diumumkan Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, malam ini. – UTUSAN
The post Tok Mat Menteri Pertahanan, Zambry Menteri Luar appeared first on Utusan Malaysia.