PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan beban rakyat untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan menawarkan tol percuma pada 20 dan 21 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Inrahim berkata, perkara itu diputuskan selepas Menteri Pengangkutan dan Menteri Kerja Raya mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi lebuhraya terlibat melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM40 juta.

“Pertama berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina, jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah ambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan bersetuju untuk tiada bayaran tol pada 20 dan 21 Januari,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. – UTUSAN

The post Tol percuma pada 20, 21 Januari – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *