PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua tidak bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) sekali gus tidak mempertahankan kerusi Parlimen Damansara yang disandangnya.

Tony berkata, keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Malah jelasnya, keputusan itu juga bagi memberi peluang kepada DAP untuk mempertaruh muka baharu kekal relevan.

“Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan pemimpin DAP sudah cuba pujuk, tetapi ini keputusan saya.

“Saya tak hilang, saya akan memanfaatkan kekuatan diri bagi membantu parti mencapi segala sasaran. PRU-15 kali ini, saya terlibat dalam publisiti parti untuk terus menyokong perubahan,” katanya dalam majlis kutipan dana Parlimen Damansara di pekarangan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam ini.

Untuk rekod, Tony adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada Parlimen Penggal Ke-13 sebelum menjadi Ahli Parlimen Damansara pada penggal lalu.

Dalam pada itu, Tony mengucapkan penghargaan kepada bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memberi kepercayaan kepada untuk berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen.

“(Guan Eng) beri peluang kepada muka baharu dan profesional untuk bertanding dan itu yang Malaysia perlukan. DAP mesti melakukannya untuk kekal relevan dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

The post Tony Pua tak tanding PRU-15 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *