LONDON: Bekas pengurus Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel berminat membimbing England jika Gareth Southgate meninggalkan jawatannya.

Tuchel kini menganggur sejak dipecat Chelsea pada September lalu, hanya 16 bulan selepas memenangi Liga Juara-Juara.

Masa depan Southgate ketika ini sedikit goyah selepas naib juara Eropah 2020 itu menghadapi tekanan kerana England mengharungi kempen Liga Negara-Negara UEFA tanpa kemenangan, dan tersingkir ke divisyen dua musim depan.

Menurut The Telegraph, Tuchel berminat menggantikan Southgate jika ada peluang namun tiada sebarang hubungan dibuat sama ada dengan dia atau Mauricio Pochettino, seorang lagi pengurus PSG dikaitkan dengan jawatan itu.

Laporan yang sama menyatakan Tuchel juga bersedia kembali ke Jerman sebelum akhir tahun dengan bekas pemain berusia 49 tahun itu sedang menunggu penjelasan mengenai tempoh dia dibenarkan kekal di UK selepas dipecat bulan lalu.

Tuchel dikatakan ­telah menerima beberapa potensi pekerjaan termasuk dua di England dan satu di Sepanyol.

Jika dia diberi visa baharu, ini akan membolehkan dia meneruskan kerja di England.

Southgate pula dijadual kan menge­tuai England pada Piala Du­nia 2022 di Qatar yang bermula 20 November. – AGENSI

The post Tuchel sedia ganti Southgate appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *