SUNGAI BULOH: Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tujuh penjuru selepas tujuh  calon dilihat memasuki Pusat Penamaan Calon P107 Sungai Buloh di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, di sini, pagi ini.

Kesemua calon dilihat bersama seorang pencadang dan penyokong memasuki pusat penamaan calon sambil melambai-lambai kepada penyokong mereka.

Lima calon yang hadir adalah calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), manakala baki tiga lagi merupakan calon Bebas.

Sehingga pukul 9.20 pagi ini, empat calon daripada GTA, Mohd Akmal Mohd Yusof; PN, Mohd. Ghazali Md Hamin; PH, Datuk R. Ramanan dan BN, Khairy Jamaluddin telah memasuki dewan bersama pencadang dan penyokong masing-masing.

Pada PRU14 dalam persaingan di P.107 Sungai Buloh, S. Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642). – UTUSAN

 

The post Tujuh calon hadir ke pusat penamaan calon Sungai Buloh appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *