TANAH MERAH: Seramai tujuh individu di kompaun atas kesalahan mendedahkan aurat di tempat awam dengan memakai seluar pendek dalam serbuan di Kampung Gertak Chaber dan Kusial di sini pada Khamis lalu.
Kesemua lelaki berusia belasan tahun dan 20-an itu dikompuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) dibawah Seksyen 23 iaitu Dedah Aurat Ditempat Awam menerusi Op Bersepadu bersama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Sumber dalam MDTM berkata, menerusi operasi tersebut pihaknya turut menyita enam unit dapur shisha dan mengeluarkan satu notis amaran dibawah Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2009.
Menurutnya, pada masa sama sebanyak 11 kompuan berjumlah RM1,900 telah dikeluarkan di bawah kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 oleh PKD juga telah mengeluarkan 11 kompaun.
“Bagi Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 sebanyak lima kompaun melibatkan jumlah RM1,500 telah dikeluarkan.
“Pihak MDTM akan melipat gandakan lagi operasi dari masa ke masa untuk memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan oleh peniaga di jajahan ini,” Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sumber memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan pelanggaran undang-undang diminta tampil membantu MTDM.-UTUSAN
The post Tujuh individu pakai seluar pendek di kompaun appeared first on Utusan Malaysia.