LONDON: Badan bola sepak Eropah, UEFA dilaporkan akan menutup ‘kelompongan’ yang telah dimanipulasi oleh Chelsea untuk membeli ramai pemain pada Januari.

Salah satu cara, Blues memanipulasi kelopongan adalah memberikan kontrak jangka panjang kepada pemain atas alasan mahu melunaskan bayaran secara ansuran.

Bintang baharu mereka, Mykhailo Mudryk diberi kontrak lapan tahun selepas Blues bersetuju membayar 88 juta pound (RM467.61 juta) kepada Shakhtar Donetsk.

Dalam tempoh lapan tahun itu, Chelsea membayar lebih sedikit daripada 10 juta pound (RM53.14 juta) semusim, sekali gus mengelak melanggar had Peraturan Kewangan Bersih.

Selain Mudryk, mereka juga membeli David Datro Fofana, Andrey Santos, Benoit Badia­shile dan Noni Madueke secara tetap, manakala Joao Felix di­pinjam daripada Atletico Madrid.

Chelsea masih berusaha mendapatkan bintang Piala Dunia Argentina, Enzo Fernandez yang mempunyai klausa pelepasan 120 juta euro (RM559.71 juta) daripada Benfica.

Pemilik Chelsea, Todd Boeh­ly terdesak membantu pengurus pasukan, Graham Potter keluar dari permulaan buruk yang menyaksikan Blues kini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

The post UEFA mahu sekat manipulasi Chelsea ketika borong pemain appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *