GOMBAK: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melancarkan tabung bantuan bencana untuk mangsa gempa bumi susulan tragedi di selatan Turkiye dan Utara Syria.

Menurut Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, pelancaran tabung itu sebagai satu solidariti keprihatinan warga UIAM atas bencana yang melanda kedua-dua negara tersebut.

Kata beliau, ramai bekas pelajar dan kakitangan UIAM atau para alumni universiti itu adalah dalam kalangan warga Turkiye dan Syria termasuk mereka yang mempunyai keluarga dan saudara-mara di kedua-dua negara berkenaan.

“Bantuan yang disalurkan akan dikumpul dan disampaikan kepada Duta Besar Turkiye di Malaysia yang juga Ahli Lembaga Gabenor UIAM, Emir Salim Yuksel.

“Tabung yang dilancarkan ini adalah salah satu cara kita bersoladiriti bagi membantu saudara kita yang dilanda bencana sebagaimana dituntut dalam agama Islam sekali gus sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang terkesan di selatan Turkiye serta utara Syria,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Warga UIAM serta para alumni atau masyarakat negara ini yang ingin menyumbang boleh terus menyampaikan sumbangan menerusi Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Turkiye dan Syria bermula hari ini hingga 27 Februari.

Bantuan tersebut boleh disalurkan di akaun Bank Muamalat 1407 000000 4716 (UIAM Operating Account) dengan rujukan sumbangan 4Turkiye& Syria. – UTUSAN

The post UIAM lancar tabung bantuan bencana gempa Turkiye-Syria appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *