Melbourne: Juara bertahan Rafael Nadal turun ke gelanggang Rod Laver Arena mempertahankan gelaran tenis Terbuka Australia yang membuka tirai hari ini menentang lawannya yang dianggap ‘berbahaya’ dari Britain, Jack Draper.

Pemain Sepanyol itu yang berusia 36 tahun sebelum ini tewas enam daripada tujuh kejohanan yang disertainya termasuk dua terbaharu yang disertainya.

“Mungkin ini adalah antara perlawanan yang paling sukar dalam pusingan pertama ini. Dia (Draper) masih muda, hebat dan cepat memperbaiki kedudukan ranking, malah bermain dengan begitu baik,” kata Nadal mengenai lawannya itu.

Draper yang berusia 21 tahun sebelum ini mara ke separuh akhir dalam Kejohanan Antarabangsa Adelaide minggu lalu berkata, dia tidak mahu bersikap bangga diri mahupun merendah diri apabila berdepan dengan idolanya itu.

“Saya mahu bermain dan memberi aksi sengit kepada dia. Saya mahu menang dalam perlawanan ini. Itulah perancangannya,” kata Draper.

Dalam kejohanan yang sama tahun lalu, Nadal berjaya menjulang kejuaraan selepas berhempas pulas dalam lima set untuk menewaskan lawannya dari Rusia, Daniil Medvedev yang akan menentang pemain Amerika Syarikat (AS) Marcos Giron pada sebelah petang.

Pemburuannya dalam kejohanan di Australia ini sejak 2009 berdepan laluan yang agak mudah selepas ketiadaan juara sembilan kali yang juga calon untuk menang, Novak Djokovic yang akan bermain pada tahun ini selepas terlepas pada 2022 berikutan masalah tentang vaksinasi Covid-19.

Pemain Serbia berusia 35 tahun itu akan memulakan cabarannya esok menentang lawan dari Sepanyol, Roberto Carbellas Baena dalam usahanya mencari gelaran ke-10 dan cuba menyamai rekod kejuaraan 22 kali Grand Slam milik Nadal selain mencari kedudukan No: 1 dunia.

Sementara itu, pilihan utama saingan wanita, Iga Swiatek diramal tidak berdepan dengan saingan sukar untuk menjulang gelaran pada kejohanan ini berikutan ketiadaan saingan terdekatnya, Ashleigh Barty yang mengumumkan persaraan secara mengejut selepas memenangi dalam edisi tahun lalu.

Malah, dengan ketiadaan Serena Williams dan juara dua kali, Naomi Osaka, kejohanan itu hampir pasti akan ada cabaran nama baharu yang akan muncul sebagai juara.

Nama-nama lain yang turut dijangka mampu memberi cabaran ialah Sofia Kenin yang meraih gelaran juara pada 2020 dan Victoria Azarenka.

Dalam perlawanan hari ini, Swiatek akan menentang pemain ranking 68 dunia dari Jerman, Jule Neimeier yang pernah mencatat kemaraan sehingga ke saing suku akhir Kejohanan Wimbledon tahun lalu.

Malah, kedua-dua pemain ini pernah bertemu dalam saingan 16 akhir di Terbuka AS yang menyaksikan Swiatek dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan.

“Perlawanan ini bukan mudah. Tapi dalam mana-mana perlawanan Grand Slam. – AFP/UTUSAN

The post Ujian besar Nadal appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *