LONDON: United Kingdom (UK) memanggil diplomat China ekoran keganasan terhadap protes pro-demokrasi Hong Kong di luar konsulat China di Manchester baru-baru ini.

Menurut Menteri Luar, Zac Goldsmith, polis Britain sedang menyiasat insiden yang berlaku semasa demonstrasi menentang Presiden China, Xi Jinping.

Pegawai Polis Greater Manchester memasuki kawasan konsulat untuk menyelamatkan seorang lelaki yang dikatakan diseret ke dalam kawasan konsulat dan diserang oleh beberapa lelaki.

“Kami amat bimbang dan memandang serius rakaman yang menunjukkan insiden di Konsulat Jeneral China.

“Hari ini kami telah menyatakan pandangan kami dengan jelas kepada pihak berkuasa China bahawa hak untuk bantahan secara aman di UK mesti dihormati,” katanya.

Duta China ke UK tidak berada di negara ini dan Charge d’Affaires, Yang Xiaoguang dipanggil ke pejabat kementerian luar untuk menjelaskan mengenai insiden itu.

Dalam pertemuan itu Yang diberitahu semua diplomat dan kakitangan konsular mesti menghormati undang-undang dan peraturan di UK.

Terdahulu, di Beijing, jurucakap kementerian luar China, Wang Wenbin, menyalahkan penunjuk perasaan atas insiden itu.-AGENSI

The post UK panggil diplomat China appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *